Sunday, March 18, 2012

‘Ibu tak pernah lupa Linie’ - Terengganu - Sinar Harian


‘Ibu tak pernah lupa Linie’
NIK MUHAMMAD RAFFIQ
17 Mac 2012
‘Ibu tak pernah lupa Linie’
DUNGUN - Kehadiran cahaya mata keempat buat pasangan Mohd Nashar Hussain, 33, dan isteri, Suraya Ahmad, 32, biarpun dapat mengubat sedikit kedukaan terhadap Sharlinie, namun masih belum dapat melupakan ingatan mereka terhadap anak perempuan yang masih hilang itu.
Bagi Suraya, misteri kehilangan anak ketiganya itu biarpun sudah beberapa tahun berlalu, namun ia masih segar dalam ingatannya.
Menurut Suraya, tidak dinafikan, kehadiran Adam, 2 tahun sebagai anak bongsu selepas kehilangan Sharlinie memberi sedikit kegembiraan buat mereka, namun jauh di sudut hatinya, dia tidak pernah melupakan Sharline.
“Kami berpindah ke sini semata-mata untuk melupakan peristiwa hitam yang menyebabkan kami hilang arah.
“Ia tidak dinafikan dapat meredakan sedikit kerisauan saya, namun ingatan saya padanya tak pernah padam,” katanya.
Ditanya perkembangan terbaru mengenai kehidu­pan­nya kini, Suraya berkata, kakak sulung Sharlinie, Nurul Amirah kini sudah bersekolah dalam tingkatan tiga manakala Sharlina, 12 sudah masuk tahun enam.
“Hanya Adam dapat mengubat rindu saya padanya, namun ia tidak sama seperti Sharlinie.
“Saya mengharapkan satu keajaiban berlaku, pastinya saya menunggu kepulangan Sharlinie,” katanya.
Sharlinie Mohd Nashar, 5, hilang ketika pulang dari taman permainan dekat Taman Medan Petaling Jaya, 9 Januari 2008.
Sehingga kini, dia masih belum ditemui biarpun pelbagai usaha sudah dilakukan.

Related Post

widgets by blogtips