LAPTOP/DEKSTOP REPAIR

Perkhimatan Membaiki Laptop / Dekstop,Kawasan Dungun....

PRAY FOR GAZA

TIADA DAYA DAN KEKUATAN KECUALI DENGAN PERTOLONGANMU YA ALLAH.....

HOMESTAY TAMAN RAKYAT DUNGUN

Homestay Taman Rakyat Dungun...

D'TWIN CLEANERS SERVICES

Menyediakan Kemudahan Kebersihan..Klik Disini Untuk Info..

PULAU TENGGOL

Sebuah Pulau Yang Terletak Berhampiran Dengan Daerah Dungun...Perjalanan mengambil masa 40 minit dengan bot laju (2 jam dengan bot nelayan biasa).

Wednesday, January 27, 2010

PENDIDIKAN - KOMPUTER-Tutorial Lengkap : Mengatasi Masalah Window 7 Not Genuine






Tutorial kali ini saya nak ajar kawan-kawan semua bagaimana untuk Mengatasi Masalah Windows 7 Not Genuine. Masalah nih hanya berlaku pada pengguna Sistem Operasi Windows 7 yang tak Original saja yek.




Windows 7 Yang Telah Di detect Tak original



Antara sebab bagaimana Microsoft dapat detect Windows Not Genuine

1. Melalui System Update

Berhati-hati bila updates windows, anda mungkin mengalami risiko windows 7 anda di-blacklist dan kemudian menjadi not genuine.


Jika anda menggunakan windows original, anda tidak perlu risau windows akan di-blacklist. Cuma, pengguna windows 7 versi lanun sahaja berkemungkinan akan diblacklist.


Untuk mengelakkan windows daripada blacklist, anda perlu ignore update for windows 7 (971033). Masuk windows update (tekan start menu, taip “windows update” ) dan tekan right click, hide this update.
Atau boleh disable terus automatic updates.


2. Bagi Pengguna Sistem Pengoperasian yang tak Original, pastikan korang tak menggunakan Microsoft Security Essential kerana walaupun korang dah disable Automatic Update, windows update tetap akan update seperti biasa apabila Microsoft Security Running Upadate.(Telah Diuji Sendiri Oleh saya)


Cara untuk Disable Windows Update paling berkesan.
Teknik ini saya selalu gunakan apabila Install Windows 7 Ultimate yang tak Genuine (Tak ori) pada pelanggan.hehehe..


1. Buka Control Panel
2. Pilih System And Security


3. Pilih Administrative Tools

 



4. Pilih Services

 



5. Double Klik Pada Windows Update

 



6. Pilih Startup Type dan Tukar Dari Automatic (Delayed Start) ke Disable

 



7. Tekan Stop



8. Tekan Apply Dan Save

selesai...


Jika, window anda dah kena Detect Windows Not Genuine, Guna Software Removewat untuk pulihkan kembali Windows.



SURAH IMAGE GALERI

SURAH AL-FATIHAH - AL-BAQARAH








Tuesday, January 26, 2010

ARTIKEL PERLANCONGAN TERENGGANU

Pengawal pantai di pulau-pulau pelancongan Terengganu
26/04/2011 6:52pm

KUALA TERENGGANU — Pengawal pantai akan ditempatkan di pulau-pulau yang menjadi destinasi pelancongan di Terengganu bagi memantau keselamatan pengunjung di kawasan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Terengganu, Datuk Abdul Rahin Mohd Said berkata, buat permulaan seramai 40 pengawal pantai akan ditempatkan di Pulau Lang Tengah, Pulau Redang dan Pulau Perhentian.

"Jumlahnya akan diagihkan mengikut keperluan pulau-pulau berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, hari ini.

Pasukan pengawal pantai atau turut dikenali sebagai ”Park Ranger” yang lengkap berpakaian seragam itu dijangka mula beroperasi Jun ini selepas prasarana seperti menara tinjau disediakan.

Abdul Rahin berkata, usaha itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Terengganu dan beberapa badan bukan kerajaan. — Bernama

Monday, January 25, 2010

ARTIKEL UMNO

UMNO Terengganu siapkan bancian pengundi luar


2012/01/21
BENTONG: UMNO Terengganu sudah menyiapkan bancian pengundi luar bagi mengenal pasti mereka yang layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ahmad Said berkata menerusi bancian itu, pihaknya berjaya mengesan seramai 69,000 pengundi luar yang tidak pulang semasa pilihan raya lalu selain turut membuat bacaan sikap mereka.
"Kita ada semua maklumat perhubungan seperti nombor telefon, alamat tempat tinggal sebab kita nak hubungi mereka dan minta mereka pulang mengundi pada PRU 13 nanti," katanya ketika berucap pada majlis Penutupan Pemukiman Kepimpinan Umno Terengganu dekat sini, hari ini.
Penutupan program tiga hari yang berakhir hari ini dilakukan oleh Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan dihadiri 421 anggota parti.

Ahmad, yang juga Menteri Besar Terengganu, berkata bancian terhadap pengundi luar adalah segmen penting bagi sesebuah parti dan ia tidak boleh dipandang ringan kerana golongan berkenaan berupaya menentukan kemenangan parti dalam pilihan raya.

Sehubungan itu, beliau meminta semua wakil rakyat sama ada di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri supaya menggunakan data dan maklumat pada bancian itu pada PRU 13 kelak. - BERNAMA