LAPTOP/DEKSTOP REPAIR

Perkhimatan Membaiki Laptop / Dekstop,Kawasan Dungun....

PRAY FOR GAZA

TIADA DAYA DAN KEKUATAN KECUALI DENGAN PERTOLONGANMU YA ALLAH.....

HOMESTAY TAMAN RAKYAT DUNGUN

Homestay Taman Rakyat Dungun...

D'TWIN CLEANERS SERVICES

Menyediakan Kemudahan Kebersihan..Klik Disini Untuk Info..

PULAU TENGGOL

Sebuah Pulau Yang Terletak Berhampiran Dengan Daerah Dungun...Perjalanan mengambil masa 40 minit dengan bot laju (2 jam dengan bot nelayan biasa).

Wednesday, July 4, 2012

DUNGUN BAKAL MILIKI PELABUHAN MINI

Dungun bakal miliki pelabuhan mini

AHMAD SAID

DUNGUN - Dungun dijangka mempunyai pelabuhan mini apabila cadangan pembinaannya di Kuala Dungun menjadi kenyataan dalam masa terdekat.
Anggota Parlimen Dungun, Datuk Matulidi Jusoh berkata beliau akan mengemukakan cadangan itu kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

“Buat masa ini, projek mendalamkan sungai di Kuala Dungun sedang berjalan lancar dengan kerja-kerja pembinaan benteng penahan ombak hampir siap.

“Apabila kerja-kerja mendalamkan sungai selesai, barulah kita boleh memfokuskan terhadap pembinaan pelabuhan mini di Kuala Dungun,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program 1Malaysia Green And Clean di Hutan Lipur Chemerong di sini semalam.

Kewujudan pelabuhan akan mengimbas semula kegemilangan Dungun yang pernah menjadi pusat pelabuhan antarabangsa sekitar 60-an hingga 70-an apabila ia menjadi pelabuhan utama untuk pengangkutan bijih besi dari pusat perlombongan di Bukit Besi.
Ketika ini Kuantan dan Kemaman adalah antara pelabuhan terbesar di pantai timur dalam aktiviti penghantaran bahan industri dan balak serta baik pulih kapal.

Matulidi berkata dengan kewujudan pelabuhan mini itu, ia bukan sahaja akan merancakkan ekonomi setempat malah boleh menjana sumber pendapatan kepada penduduk dari aspek pelancongan.
“Kita sedar, Dungun adalah antara daerah yang agak terkebelakang dari aspek pelancongan sedangkan kita pernah menjadi tumpuan dunia apabila Rantau Abang menjadi lokasi pendaratan penyu sekitar tahun 70-an dahulu.

“Strategi baru perlu diambil untuk melonjakkan semula tempat pelancongan di Dungun seperti Hutan Lipur Chemerong, Rantau Abang, Pasir Raja dan Pulau Tenggol," katanya. - Bernama