LAPTOP/DEKSTOP REPAIR

Perkhimatan Membaiki Laptop / Dekstop,Kawasan Dungun....

PRAY FOR GAZA

TIADA DAYA DAN KEKUATAN KECUALI DENGAN PERTOLONGANMU YA ALLAH.....

HOMESTAY TAMAN RAKYAT DUNGUN

Homestay Taman Rakyat Dungun...

D'TWIN CLEANERS SERVICES

Menyediakan Kemudahan Kebersihan..Klik Disini Untuk Info..

PULAU TENGGOL

Sebuah Pulau Yang Terletak Berhampiran Dengan Daerah Dungun...Perjalanan mengambil masa 40 minit dengan bot laju (2 jam dengan bot nelayan biasa).

Wednesday, July 4, 2012

DUNGUN BAKAL MILIKI PELABUHAN MINI

Dungun bakal miliki pelabuhan mini

AHMAD SAID

DUNGUN - Dungun dijangka mempunyai pelabuhan mini apabila cadangan pembinaannya di Kuala Dungun menjadi kenyataan dalam masa terdekat.
Anggota Parlimen Dungun, Datuk Matulidi Jusoh berkata beliau akan mengemukakan cadangan itu kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

“Buat masa ini, projek mendalamkan sungai di Kuala Dungun sedang berjalan lancar dengan kerja-kerja pembinaan benteng penahan ombak hampir siap.

“Apabila kerja-kerja mendalamkan sungai selesai, barulah kita boleh memfokuskan terhadap pembinaan pelabuhan mini di Kuala Dungun,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program 1Malaysia Green And Clean di Hutan Lipur Chemerong di sini semalam.

Kewujudan pelabuhan akan mengimbas semula kegemilangan Dungun yang pernah menjadi pusat pelabuhan antarabangsa sekitar 60-an hingga 70-an apabila ia menjadi pelabuhan utama untuk pengangkutan bijih besi dari pusat perlombongan di Bukit Besi.
Ketika ini Kuantan dan Kemaman adalah antara pelabuhan terbesar di pantai timur dalam aktiviti penghantaran bahan industri dan balak serta baik pulih kapal.

Matulidi berkata dengan kewujudan pelabuhan mini itu, ia bukan sahaja akan merancakkan ekonomi setempat malah boleh menjana sumber pendapatan kepada penduduk dari aspek pelancongan.
“Kita sedar, Dungun adalah antara daerah yang agak terkebelakang dari aspek pelancongan sedangkan kita pernah menjadi tumpuan dunia apabila Rantau Abang menjadi lokasi pendaratan penyu sekitar tahun 70-an dahulu.

“Strategi baru perlu diambil untuk melonjakkan semula tempat pelancongan di Dungun seperti Hutan Lipur Chemerong, Rantau Abang, Pasir Raja dan Pulau Tenggol," katanya. - Bernama

Sunday, June 3, 2012

BERMASALAH DOWNLOAD VIDEO DARI YOUTUBE MENGGUNAKAN IDM !!!!!!

Download Video Menggunakan Internet Download Manager (IDM), Mengalami Masalah Size File Yang Sebenar, Ini Mungkin Disebabkan Idm Bermasalah Atau Dengan Crack Version Bermasalah…..
Oleh Itu Untuk Meng-Download Video Dari Youtube, Format FLV,MP4,Atau Apa-apa Format File.., Peronda Cadangkan Gunakan Browser Mozilla Firefox Dan Gunakan ADD-ON Mozilla FireFox


    Cara-Cara Untuk Meng-Download Video dari YouTube
Menggunakan ADD-ON Easy YouTube Downloader
     
  • Buka Mozilla Firefox
  • Copy link dibawah
  • https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/easy-youtube-video-downl-10137/
  • page ADD-ONS--> Seperti Dibawah,



  • Extension >> Easy YouTube Video downloader
  • Klik Button + add to Firefox
  • Restart Mozilla Firefox ' Buka Page YouTube , Pastikan Ada Menu Ikon Download , Macam Gambar Dibawah

Sunday, May 13, 2012

PUSAT PEMPROSESAN GAS DI LOJI PEMPROSESAN GAS (GPP) MELETUP

KEMAMANSeorang pekerja kontrak maut dan sembilan cedera dalam letupan di pusat pemprosesan gas di Loji Pemprosesan Gas (GPP) dalam kawasan Kompleks A milik Petronas di sini, semalam. Pekerja itu, Rosli Mansor, 31, asal Dungun, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat melecur hampir separuh badan dalam kejadian­ kira-kira jam 3 petang itu. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat.
Sinar Harian difahamkan, semasa letupan pekerja terbabit tercampak terkena saluran paip gas menyebabkan kecederaan teruk dan badan terbakar.Sementara dua mangsa yang cedera, Mohd Zamri Mohd Nor, 24, dan Khairul Amir Mohd Sidi, 23, dari Dungun dihantar untuk mendapatkan rawatan lanjut masing-masing di Hospital Dungun dan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.
Tujuh lagi pekerja, identitinya masih tidak dikenal pasti, dikejar ke Klinik Kompleks Industri Petroliam Kerteh untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, kesemua mangsa cedera ringan dibenarkan pulang.




PELANTAR SETINGGI 5 METER RUNTUH - Sejurus kejadian berlaku, pelantar berketinggian kira-kira lima meter tempat pekerja terbabit melakukan kerja-kerja penyelenggaraan­ runtuh. Adun Kemasik, Ir Rosli Othman melawat mangsa di Klinik Kompleks Industri Petroliam Kerteh jam 6.45 petang. Namun usaha wakil media masuk ke pekarangan klinik gagal.
Rosli yang ditemui di luar klinik kesal dengan kejadian berkenaan berharap Petronas lebih hati-hati dalam memilih sub kontraktor yang mahu diserahkan projek.“Petronas patut memilih syarikat sub kontraktor yang benar-benar layak kerana kita tidak mahu kejadian seperti ini berulang,” katanya.



LIHAT MANGSA ‘TERBANG'
- Letupan kuat menggemparkan 2,000 pekerja yang berada di lokasi ketika kejadian berlaku.Salah seorang saksi kejadian, Demi Ismail, 50, berkata, dia terdengar satu letupan kuat diikuti asap tebal dan kelihatan api menjulang setinggi kira-kira 6 meter. “Selepas itu saya melihat, salah seorang pekerja ‘terbang’ lalu tercampak ke dalam longkang berhampiran, saya dan beberapa rakan bergegas ke longkang itu serta cuba menyelamatkannya. Saya dapati muka dan tangannya melecur,” katanya. Demi berkata, dia turut mendapati beberapa rakannya cedera dan tidak lama kemudian sekumpulan­ anggota unit penyelamat serta pegawai perubatan syarikat tiba di tempat kejadian.
“Kami diarah berkumpul di kawasan lapang manakala mangsa cedera diberi rawatan serta-merta. Beberapa rakan saya yang cedera dihantar ke Klinik Kesihatan Paka, Klinik Kesihatan Kerteh, Hospital Dungun untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
“Khairul Amir dimasukkan ke Hospital Dungun kerana mengalami sesak nafas. Mohd Zamri Fithri, melecur di bahagian tangan dan kaki manakala, Ahmad Qamarul Mat Yusof, 22, dari Taman Murni Perdana, Paka hanya cedera ringan di kaki dan dibenarkan keluar hospital selepas menerima rawatan,” katanya.


SAYA SESAK NAFAS - “Ketika sedang bekerja, tiba-tiba saya terdengar letupan kuat diikuti dengan asap tebal dan api yang menjulang tinggi,” kata Khairul Amir Mohd Sidi, salah seorang mangsa yang terselamat.
Khairul yang bekerja sebagai sebagai pembantu instrumen di syarikat kontraktor di kawasan pemprosesan gas sejak dua bulan lalu berkata, kejadian letupan itu berlaku pada jarak 200 meter dari tempatnya bekerja.
Menurutnya, selepas letupan, dia menyedari ada sesuatu tidak kena di lokasi terbabit lalu bergegas ke kawasan perhimpunan bersama rakan sekerja yang lain. “Saya cuba menyelamatkan diri dengan berlari ke kawasan lapang kerana bimbang mungkin ada lagi kejadian sama seperti itu.
“Tidak lama kemudian saya rasa sesak nafas. Saya diberi rawatan kecemasan sebelum dibawa ke hospital,” kata Khairul. Khairul dipercayai terhidu asap kini dirawat di Hospital Dungun dan keadaannya dilaporkan stabil.




Pada 6 April lalu, Sinar Harian menyiarkan kejadian gas bocor dipercayai ammonia di loji memproses gas Petronas di Kerteh, Kemaman. Kejadian yang berlaku pada jam 8.30 malam itu mengakibatkan 22 pekerja mengalami sesak nafas teruk dan dihantar ke Hospital Dungun manakala seorang lagi dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapatkan rawatan­ lanjut.

Friday, April 13, 2012

NASIB BAIK ISTERI ‘PAUT’ STERENG - APRIL 2012


12 April 2012

Nasib baik isteri ‘paut’ stereng
KUALA DUNGUN - “Ketika kereta dipandu suami hilang kawalan dan nyaris terjunam dalam parit, saya sempat memaut stereng kereta, kalau tidak kami pasti kemalangan dan kereta masuk gaung.”

Demikian kata Rosidah Ngah, 36, ketika menceritakan detik cemas setelah kereta dinaiki nyaris masuk gaung setelah terbabas ketika cuba mengelak sebuah lori yang membuat pusingan 'U' di Tanjung Jara dekat sini, malam semalam.

Kemalangan kira-kira jam 9.30 malam itu berlaku ketika Rosidah bersama suami, Adamu Ali, 37 dua anaknya, Mohd Khairin, 5, Kamilia Insyirah, 3 serta seorang anak saudara, Khairunisa Mohd, 21 dalam perjalanan dari Gong Pasir menuju ke Kuala Terengganu manakala lori berkenaan dari Kemaman menuju ke Kuala Terengganu setelah menghantar bekalan minyak masak.

Dalam kejadian terbabit, sebuah lori tiga tan dipandu Asmadi Abdullah, 37 dari arah Dungun menghala ke Kuala Terengganu dikatakan cuba membuat pusingan u berdekatan persimpangan Tanjung Jara.

Manakala kereta Proton Wira dari arah sama dinaiki lima sekeluarga itu dikatakan cuba mengelak daripada melanggar lori terbabit sebelum dipercayai bergesel.

Akibat kejadian itu lori berkenaan hilang kawalan lalu terbabas ke dalam gaung sedalam kira-kira dua meter di bahagian kanan jalan manakala kereta Proton Wira tersebut turut terbabas ke bahu kanan jalan.

Bagaimanapun, Adamu, kakitangan Takaful Malaysia bersama isterinya Rosidah yang duduk di tempat duduk hadapan bersama seorang anak perempuan, Kamilia Insyirah, 3 tidak cedera.

Menurut Rosidah, dia bersyukur kerana mereka semua terselamat dalam nahas yang nyaris meragut nyawa lima sekeluarga itu.

“Alhamdulillah, kami semua selamat dan tiada yang cedera, namun saya masih trauma kesan daripada kemalangan tersebut,” katanya.

Bagaimanapun pemandu lori terbabit, Asmadi dan kelindannya, Mohd Yusuf hanya cedera ringan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan kejadian dan kes masih dalam siasatan pihaknya.

TSUNAMI APRIL 2012 - Gempa 8,5 SR di Aceh,



ATAS KEHENDAK ALLAH TSUNAMI ACEH TIDAK BESAR, INI PENJELASAN ILMIAHNYA


Islamedia -  Gempa bumi kembali mengguncang wilayah Aceh, kemarin. Gempa pertama terjadi pada pukul 15.38 WIB, Rabu (11/4/2012), berkekuatan 8,5 skala Richter dengan pusat gempa 346 kilometer barat daya Simeulue. Gempa ini sedikitnya diikuti 16 gempa susulan. Selanjutnya, pada pukul 17.43 WIB, terjadi lagi gempa dengan kekuatan 8,8 skala Richter, berpusat di 483 kilometer dari Kota Simeulue. Gempa ini diikuti 11 gempa susulan.

Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) pun mengeluarkan peringatan ancaman tsunami. Pada pukul 19.45 WIB, peringatan tsunami baru diakhiri. Nah, menilik gempa yang terjadi, sebenarnya kekuatannya tergolong besar. Dengan 8,5 skala Richter dan disusul 8,8 skala Richter, tsunami besar bisa saja terjadi. Namun, meski menimpa beberapa daerah, yaitu Meulaboh, Sabang dan Lahewa, ternyata tsunami yang terjadi adalah tsunami kecil.

Besarnya jauh lebih kecil dari tsunami pada tahun 2004. Mengapa? Kepala Pusat Data Informasi dan Humas Badan Nasional Penanggulangan Bencana Sutopo Purwo Nugroho menjelaskan, alasan tsunami hanya berskala kecil terkait lokasi pusat gempa dan gerakan sesar. "Pusat gempa terjadi di luar zona subduksi," ungkap Sutopo dalam konferensi pers, Rabu (11/4/2012).

Zona subduksi adalah zona tempat bertemunya dua lempeng. Diketahui, gempa pertama dan sejumlah gempa susulan yang terjadi berpusat di sebelah barat zona subduksi, menjauh dari daratan Pulau Sumatera. Gempa kali ini berbeda dengan gempa Aceh pada 2004. Apabila pusat gempa berada di luar zona subduksi, potensi tsunami tetap ada, tetapi lebih kecil. "Gempa juga terjadi akibat sesar geser, bukan naik atau turun," ujar Sutopo menambahkan.

Ada tiga gerakan sesar, yakni vertikal, horizontal, dan miring (oblique). Gerak sesar vertikal lebih berpotensi mengakibatkan tsunami. Pada gempa kali ini, gerak sesar yang terjadi adalah miring, didominasi gerak sesar datar. Dengan demikian, tsunami bisa terjadi, tetapi sangat kecil.

Berdasarkan pemantauan BMKG, tsunami yang terjadi hanya setinggi 80 sentimeter di Meulaboh pukul 17.04 WIB dan 6 cm di Sabang pada pukul 17.00 WIB. Sementara itu, pantauan Bakosurtanal juga tak jauh berbeda. Di Meulaboh, tinggi tsunami hanya 1,02 meter sementara di Lahewa (Nias Utara) hanya 1 meter.

Itu adalah penjelasan ilmiah mengapa bencana yang menimpa Aceh tidak seberat tahun 2004 dulu. Yang jelas, doa hamba-Nya mampu memperingan musibah yang menimpa.Ketika Allah kehendaki sebuah musibah turun, tentu ada penjelasan ilmiah di sana. Dan saat Allah mengijabah do'a hamba-Nya, Allah takdirkan skenario ilmiah lain yang bisa memperingan bencana itu. Semua yang terjadi tidak lepas dari sunnatullah dan ketentuan-Nya. Allahua'lam bish-showab.

Friday, March 23, 2012

HISAP DADAH ATAS KUBUR

Hisap dadah atas kubur
Wartawan Sinar Harian
23 Mac 2012
Hisap dadah atas kubur
NIBONG KUBUR – Tindakan biadab sekumpulan kaki dadah menjadikan tanah perkuburan Islam sebagai port untuk melepaskan gian, membawa padah apabila mereka dicekup polis dalam satu serbuan kira-kira jam 1 petang kelmarin.

Ketika ditahan, suspek berusia antara 20 hingga 40-an itu dipercayai sedang khayal selepas mengambil bahan terlarang itu.

Bagaimanapun, mereka lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri, apabila menyedari kehadiran polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di Tanah Perkuburan Syed Yahya itu.

Namun, mereka berjaya dicekup apabila polis sudah membuat kepungan awal di tanah perkuburan seluas kira-kira 200 meter persegi itu.

Pemeriksaan lanjut mendapati, salah seorang daripada tujuh suspek yang ditahan, menyembunyikan 70 pil berwarna kemerahan disyaki dadah jenis Methapethamine dalam seluar dalam dipakainya, manakala seorang lagi suspek memiliki serbuk putih dalam botol dipercayai dadah jenis Heroin yang ditemui dalam beg sandangnya.

Turut dirampas dalam serbuan terbabit termasuk beberapa buah motosikal milik suspek dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun untuk pemeriksaan lanjut.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Dahlan Mohd Noor ketika mengesahkan tangkapan memaklumkan, kesemua suspek masing-masing berasal dari Kampung Sungai Buaya dan Bijangga itu ditahan, untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1) serta 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Sunday, March 18, 2012

RENUNG-RENUNGKANLAH..........







Renung ( lihat ) Tiga Titik di Tengah-Tengah kalimah Allah Selama 10 Saat, Kemudian Pandang ( Lihat ) Pada Dinding Kosong Yang Berhampiran Anda.....

P/s : Kalu Boleh jgn Kedik-kan Mata

‘Ibu tak pernah lupa Linie’ - Terengganu - Sinar Harian


‘Ibu tak pernah lupa Linie’
NIK MUHAMMAD RAFFIQ
17 Mac 2012
‘Ibu tak pernah lupa Linie’
DUNGUN - Kehadiran cahaya mata keempat buat pasangan Mohd Nashar Hussain, 33, dan isteri, Suraya Ahmad, 32, biarpun dapat mengubat sedikit kedukaan terhadap Sharlinie, namun masih belum dapat melupakan ingatan mereka terhadap anak perempuan yang masih hilang itu.
Bagi Suraya, misteri kehilangan anak ketiganya itu biarpun sudah beberapa tahun berlalu, namun ia masih segar dalam ingatannya.
Menurut Suraya, tidak dinafikan, kehadiran Adam, 2 tahun sebagai anak bongsu selepas kehilangan Sharlinie memberi sedikit kegembiraan buat mereka, namun jauh di sudut hatinya, dia tidak pernah melupakan Sharline.
“Kami berpindah ke sini semata-mata untuk melupakan peristiwa hitam yang menyebabkan kami hilang arah.
“Ia tidak dinafikan dapat meredakan sedikit kerisauan saya, namun ingatan saya padanya tak pernah padam,” katanya.
Ditanya perkembangan terbaru mengenai kehidu­pan­nya kini, Suraya berkata, kakak sulung Sharlinie, Nurul Amirah kini sudah bersekolah dalam tingkatan tiga manakala Sharlina, 12 sudah masuk tahun enam.
“Hanya Adam dapat mengubat rindu saya padanya, namun ia tidak sama seperti Sharlinie.
“Saya mengharapkan satu keajaiban berlaku, pastinya saya menunggu kepulangan Sharlinie,” katanya.
Sharlinie Mohd Nashar, 5, hilang ketika pulang dari taman permainan dekat Taman Medan Petaling Jaya, 9 Januari 2008.
Sehingga kini, dia masih belum ditemui biarpun pelbagai usaha sudah dilakukan.

Friday, February 24, 2012

Doa Selepas Solat.

Thursday, January 26, 2012

DUNGUN - TELUK BIDARA RAGUT NYAWA



Nik Muhd Rafiq Abd Ghani
January 23, 2012

TELUK BIDARA – Kegembiraan empat sahabat mandi-manda di pantai peranginan dekat sini sempena cuti Tahun Baru Cina berakhir tragedi apabila seorang daripadanya mati lemas.

Kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu dipercayai berlaku ketika mangsa, Mohd Alif Asyari Norhanuddin, 16 bersama tiga lagi rakannya yang lain, Mohd Ariff Aizat Azman, 16, Abdul Halim Zakaria, 16 dan Amirul Abdul Jalil, 16 sedang mandi di kawasan gua berdekatan Pantai Teluk Bidara.

Wednesday, January 18, 2012

MARANG - HARAP MIMPI JADI KENYATAAN

Wartawan Sinar Harian
January 18, 2012
bantu-lah-bapa-saya-berjalan2
MARANG – “Malam tadi saya bermimpi lagi dapat berjalan semula. Setiap kali perkara itu berlaku saya akan bangun perlahan-lahan dan duduk untuk mengingati semula mimpi yang diharap dapat jadi kenyataan itu,” kata Md Rahim Jatim, 57.

Md Rahim ketika ditemui semalam, berkata, dia me­ngalami lagi mimpi dapat berjalan semula selepas kunju­ngan Sinar Harian di rumah keluarga itu kelmarin. Malah hasrat dan kisah hidupnya itu turut dikongsi bersama pembaca akhbar ini.


Kisah Md Rahim yang tinggal di Kampung Jerung Seberang, Pengkalan Berangan itu juga disiarkan Sinar Harian kelmarin. Bapa tiga anak itu menderita menghidap penyakit kulit misteri dan kini terpaksa berkerusi roda selepas kaki kirinya ditimpa sebatang pokok lima tahun lalu.

Monday, January 16, 2012

KUALA TERENGGANU - PADAH HALANG TUGAS PENJAWAT AWAM

TERENGGANU

 KUALA TERENGGANU - Tindakan melulu seorang lelaki membaling topi keledar terhadap seorang anggota polis mengundang padah apabila dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini semalam.

Tertuduh, Muhammad Abd Rahman Yusof didakwa menggunakan kekerasan terhadap Lans Koperal Kamaruddin Wahab dengan membaling topi keledar berwarna putih ketika anggota itu sedang menjalankan tugas.

Atas kesalahan itu dia dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen sama, iaitu penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.


Sunday, January 8, 2012

PEMBANGKANG BELUM PILIH PM

KUALA BERANG


Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin
hanneeyzah@bharian.com.my
2012/01/08
Pemilihan calon jawatan nombor satu selepas menang PRU-13: Hadi

KUALA BERANG: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, persoalan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri akan hanya ditentukan selepas pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 kerana perbincangan mengenainya belum dibuat.
Abdul Hadi berkata, pemilihan calon mengisi jawatan nombor satu pentadbiran kerajaan itu akan ditentukan bila tiba masanya nanti kerana hingga kini rundingan dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya berhubung strategi untuk menang dalam PRU-13.
“Insya-Allah. Nanti menang dululah. Kita sudah berunding nak menang pilihan raya, nanti menang dululah, ..benda yang tak tentu lagi (pakatan pembangkang menang atau tidak pada PRU 13)...nanti sampai masa dulu (pakatan pembangkang menang),” katanya ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sebuah portal berita bahawa beliau tetap akan menjadi Perdana Menteri biarpun dipenjarakan susulan keputusan kes liwatnya esok.

LARI BADAN TERBAKAR - JERTIH

JERTIH






-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Wartawan Sinar Harian
January 7, 2012

JERTIH - Empat lelaki melecur teruk hampir seluruh badan selepas belon gas yang sedang dipasang oleh dua daripada mereka tiba-tiba pecah dan terbakar di tapak Karnival Jalur Lebar 1 Malaysia di sini, malam kelmarin.

Kejadian berlaku pada kira-kira jam 9.15 malam itu semasa Kalidasan, 23, dan rakan setugasnya Mohamad Hanif, 17, sedang mengisi gas ke dalam belon gergasi sementara seorang lagi mangsa seorang pendawai elektrik, Yap Chi Keong, 30, sedang melihat kerja-kerja itu.

Api turut menyambar seorang lelaki warga emas, Mohd Nor Junoh, 55, dari Kampung Lampu, Kuala Besut kebetulan berada berhampiran tempat kejadian.

Thursday, January 5, 2012

PENGANGGUR LEGA DIPENJARA SEUMUR HIDUP, LAPAN SEBATAN


RUBIAH OMAR
January 4, 2012
dipenjara seumur hidup
KUALA TERENGGANU - Seorang penganggur yang melakukan rompakan bersenjata di sebuah kedai emas di Paka, Dungun, tiga tahun lalu, terselamat daripada hukuman gantung sampai mati setelah pertuduhan terhadapnya di Mahkamah Tinggi di sini, dipinda.
Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan lapan sebatan bagi dua pertuduhan ke atas Hazly Ali, 25, iaitu menunjukkan senjata api dan melepaskan tembakan dalam kejadian itu.
Pertuduhan itu dipinda daripada Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, iaitu melepaskan tembakan kepada pertuduhan me­ngikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, iaitu rompak berkumpulan dan rompak bersenjata.
“Tertuduh didakwa bersama dengan tiga lelaki dikenal sebagai Sani, Salam dan seorang yang masih bebas, iaitu Mat Yi, merompak satu dulang tali tangan emas bernilai kira-kira RM50,000 dan tiga dulang rantai emas bernilai kira-kira RM50,000 milik Lee Jing Rong, 34, di Kedai Yong Seng Tukang Emas pada 13 April 2009 lalu.
“Ketika melakukan rompakan itu, kamu menggunakan senjata maut, iaitu sepucuk pistol dan sebatang kayu besbal dan dengan itu kamu didapati melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan 34 Kanun Keseksaan,” kata Mohd Yazid.
Bagi kesalahan itu, Mohd Yazid menjatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun dan dua sebatan.
Bagi pertudu­han menunjukkan senjata api pula, Mohd Yazid berkata, pihak pembelaan gagal membangkitkan sebarang keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan dan mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan satu kes melangkaui keraguan munasabah terhadap tertuduh me­ngikut Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 serta boleh dihukum me­ngikut akta sama.
Dengan itu, Mohd Yazid menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan enam sebatan serta memerintahkan semua hukuman berjalan serentak.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Jazamuddin Ahmad Nawawi manakala Hazly diwakili peguam bela Zulkifli Mohd Tarmizi dan Mohd Hisham Abd Rahim.
Dalam rayuannya, pihak pembelaan merayu agar hukuman terhadap Hazly diringankan kerana usianya masih muda dan sudah insaf atas kesalahan itu.
Selain itu, pihak pembelaan turut mendakwa tertuduh rajin berpuasa serta bersembahyang sunat pada waktu malam sepanjang berada di Penjara Pengkalan Chepa dan mengharapkan mahkamah mengambil kira tiada kecederaan berlaku ke atas orang ramai.