Friday, March 23, 2012

HISAP DADAH ATAS KUBUR

Hisap dadah atas kubur
Wartawan Sinar Harian
23 Mac 2012
Hisap dadah atas kubur
NIBONG KUBUR – Tindakan biadab sekumpulan kaki dadah menjadikan tanah perkuburan Islam sebagai port untuk melepaskan gian, membawa padah apabila mereka dicekup polis dalam satu serbuan kira-kira jam 1 petang kelmarin.

Ketika ditahan, suspek berusia antara 20 hingga 40-an itu dipercayai sedang khayal selepas mengambil bahan terlarang itu.

Bagaimanapun, mereka lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri, apabila menyedari kehadiran polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di Tanah Perkuburan Syed Yahya itu.

Namun, mereka berjaya dicekup apabila polis sudah membuat kepungan awal di tanah perkuburan seluas kira-kira 200 meter persegi itu.

Pemeriksaan lanjut mendapati, salah seorang daripada tujuh suspek yang ditahan, menyembunyikan 70 pil berwarna kemerahan disyaki dadah jenis Methapethamine dalam seluar dalam dipakainya, manakala seorang lagi suspek memiliki serbuk putih dalam botol dipercayai dadah jenis Heroin yang ditemui dalam beg sandangnya.

Turut dirampas dalam serbuan terbabit termasuk beberapa buah motosikal milik suspek dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun untuk pemeriksaan lanjut.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Dahlan Mohd Noor ketika mengesahkan tangkapan memaklumkan, kesemua suspek masing-masing berasal dari Kampung Sungai Buaya dan Bijangga itu ditahan, untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1) serta 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Related Post

widgets by blogtips