Tuesday, January 26, 2010

ARTIKEL PERLANCONGAN TERENGGANU

Pengawal pantai di pulau-pulau pelancongan Terengganu
26/04/2011 6:52pm

KUALA TERENGGANU — Pengawal pantai akan ditempatkan di pulau-pulau yang menjadi destinasi pelancongan di Terengganu bagi memantau keselamatan pengunjung di kawasan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Terengganu, Datuk Abdul Rahin Mohd Said berkata, buat permulaan seramai 40 pengawal pantai akan ditempatkan di Pulau Lang Tengah, Pulau Redang dan Pulau Perhentian.

"Jumlahnya akan diagihkan mengikut keperluan pulau-pulau berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, hari ini.

Pasukan pengawal pantai atau turut dikenali sebagai ”Park Ranger” yang lengkap berpakaian seragam itu dijangka mula beroperasi Jun ini selepas prasarana seperti menara tinjau disediakan.

Abdul Rahin berkata, usaha itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Terengganu dan beberapa badan bukan kerajaan. — Bernama

Related Post

widgets by blogtips