LAPTOP/DEKSTOP REPAIR

Perkhimatan Membaiki Laptop / Dekstop,Kawasan Dungun....

PRAY FOR GAZA

TIADA DAYA DAN KEKUATAN KECUALI DENGAN PERTOLONGANMU YA ALLAH.....

HOMESTAY TAMAN RAKYAT DUNGUN

Homestay Taman Rakyat Dungun...

D'TWIN CLEANERS SERVICES

Menyediakan Kemudahan Kebersihan..Klik Disini Untuk Info..

PULAU TENGGOL

Sebuah Pulau Yang Terletak Berhampiran Dengan Daerah Dungun...Perjalanan mengambil masa 40 minit dengan bot laju (2 jam dengan bot nelayan biasa).

Sunday, July 24, 2011

PELAJAR DITANGKAP JUAL DADAH

BUKIT BESI – Tembelang seorang pelajar Tingkatan Lima yang mencari pendapatan tambahan melalui aktiviti menyalahi undang-undang terbongkar apabila dia ditahan polis kerana disyaki memiliki dadah berdekatan kawasan deretan kedai makan, dekat sini, tengah malam kelmarin.

Hasil pemeriksaan lanjut polis menemui kira-kira 40 butir pil kemerahan disyaki dadah jenis Methampethamine yang diletakkan bersama beg duit dalam poket seluar.

Turut ditemui pada tangkapan polis jam 11.20 malam itu ialah sejumlah tunai RM582 dipercayai hasil jualan dadah.

Nilai pasaran terhadap dadah dirampas dianggarkan berjumlah RM1,300 dan suspek dikatakan boleh meraih keuntungan kira-kira RM300 atas hasil dadah yang berjaya dipasarkan.

Siasatan awal mendapati, suspek, pelajar sebuah sekolah menengah di sini mula mengaut keuntungan hasil aktiviti mengedar dadah secara kecil-kecilan di kawasan sekitar sejak beberapa bulan lalu.

Remaja terbabit yang juga anak Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan anak Pengerusi Masjid kampung berdekatan sebelum ini juga dikatakan pernah ditahan polis kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah, namun dibebaskan apabila ujian saringan air kencing pada masa itu mendapati dia bebas dadah.

Pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun ini dikatakan melakukan perbuatan itu di luar pengetahuan bapanya yang juga seorang ahli parti politik.

Suspek bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis dan kesnya disiasat mengikut seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 sebelum menunggu kertas siasatan dilengkapkan untuk dihadapkan ke mahkamah nanti.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan ke atas remaja itu dan pihaknya kini sedang menjalankan siasatan berkaitan kes terbabit. 

Petikan SinarHarian 23-Julai-2011

Saturday, July 16, 2011

DUNGUN CIPTA SEJARAH


TELUK LIPAT – Dungun bakal mencipta sejarah dalam lapangan sukan apabila berjaya melahirkan ramai atlet sukan sama ada di peringkat negeri, kebangsaan, mahupun antarabangsa.

Pegawai Daerah, Mustofa Abdul Rahman berkata, tanpa disedari, 22 daripada atlet Sukma dan pasukan bola sepak yang mewakili Terengganu berasal dari daerah Dungun yang sebelumnya lebih terkenal sebagai daerah pelancongan.

Beliau berkata, jika ada usaha yang bersungguh-sungguh di peringkat akar umbi, tidak mustahil Dungun boleh menjadi satu daerah kecemerlangan dalam bidang sukan, terutama dalam acara lumba basikal.

Katanya, untuk menjadikan kejuaraan itu satu kenyataan, ia bukan satu perkara mudah, sebaliknya harus disertai dengan usaha bersungguh-sungguh, latihan yang cukup, komitmen berterusan serta ketahanan mental untuk menghadapi tekanan.

“Saya percaya, jika anak muda yang ada ini tidak berlatih bersungguh-sungguh, mereka tidak boleh menjuarai satu-satu acara yang dipertandingkan.

“Apa yang penting untuk kita mengekalkan kemenangan berbanding memburu kejuaraan, mereka seharusnya fokus untuk bergelar juara. Jadi, semua pihak harus memainkan peranan agar Dungun dapat melahirkan lebih ramai lagi jaguh sukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika meraikan skuad Sukma dan pasukan bola sepak Terengganu yang berkonvoi ke Dungun untuk meraikan kemenangan sambil membawa piala FA mengelilingi beberapa lokasi utama sekitar Dungun.

Pada majlis sama, beliau turut menyampaikan penghargaan kepada atlit sukan yang berasal dari Dungun selepas berjaya mencipta kejayaan dalam beberapa acara yang dipertandingkan.

Selain atlet terbabit, antara jaguh sukan dari Dungun yang pernah menempa nama dalam persada sukan tanah air termasuk jaguh lumba basikal negara, Azizul Hasni Awang, rakannya Ummi Hamimah serta jaguh pecut 100 meter, Nazmizan Mohamad. 

Petikan SinarHarian

Tuesday, July 12, 2011

DICEKUP KETIKA SEDANG MENGURUT



DUNGUN – Tindakan seorang janda bekerja sebagai pembantu kedai makan yang sering membawa teman lelaki ke rumahnya pada lewat malam sehingga menimbulkan syak wasangka jiran tetangga membawa padah apabila dia dicekup pihak berkuasa ketika berdua-duaan di sebuah rumah dekat sini.

Ketika serbuan, wanita berusia 35 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai makan di kawasan berdekatan itu difahamkan sedang mengurut badan teman lelakinya yang baru berusia 22 tahun.

Teman lelaki wanita terbabit yang difahamkan tengah lalok ketika menerima urutan itu terkejut sebaik menyedari tetamu tidak diundang ke rumah teman wanitanya yang berasal dari Kampung Shukur, Hulu Dungun itu.

Hasil soal siasat, kedua-duanya tidak mempunyai sebarang hubungan muhrim dan mereka dibawa ke Pejabat Agama Daerah untuk siasatan lanjut sebelum didakwa mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

*Petikan Sinar harian

Peronda :- Apa Nasib Mereka Selepas Ini...