LAPTOP/DEKSTOP REPAIR

Perkhimatan Membaiki Laptop / Dekstop,Kawasan Dungun....

PRAY FOR GAZA

TIADA DAYA DAN KEKUATAN KECUALI DENGAN PERTOLONGANMU YA ALLAH.....

HOMESTAY TAMAN RAKYAT DUNGUN

Homestay Taman Rakyat Dungun...

D'TWIN CLEANERS SERVICES

Menyediakan Kemudahan Kebersihan..Klik Disini Untuk Info..

PULAU TENGGOL

Sebuah Pulau Yang Terletak Berhampiran Dengan Daerah Dungun...Perjalanan mengambil masa 40 minit dengan bot laju (2 jam dengan bot nelayan biasa).

Friday, February 18, 2011

LAGAK SAMSENG BAWA PADAH

BIJANGGA - Lagak dua kumpulan remaja ibarat samseng ‘Kampung Dusun’ dalam filem P Ramlee tidak ke mana apabila mereka ditahan polis selepas terbabit dalam pergaduhan dekat sini, malam kelmarin.

Pergaduhan melibatkan dua kumpulan remaja dari Kampung Tok Kah dan Bijangga di Dataran Dewan Merdeka itu, dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati berikutan salah seorang daripada remaja terbabit melakukan sedikit ubah suai serta mengambil komponen pada motosikal dipinjam daripada rakannya.

Sehubungan itu, remaja dipercayai pemilik motosikal itu telah memarahi rakannya lalu berlaku pergaduhan sebelum salah seorang cedera ringan dipercayai akibat dipukul.
Tidak puas hati dengan kejadian itu, mangsa dikatakan bertindak memanggil beberapa lagi rakannya yang lain sebelum ke Kampung Bijangga untuk bertemu rakan yang memukulnya, lalu berlaku satu lagi pergaduhan membabitkan dua kumpulan.

Dalam pergaduhan� secara berkumpulan membabitkan remaja kebanyakannya berusia 20-an itu, salah seorang daripadanya dikatakan mengalami kecederaan serius di bahagian kepala sebelum dihantar ke Hospital Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk menerima rawatan lanjut.

Sebaik menerima maklumat dari orang ramai, sepasukan polis dikejarkan ke lokasi terbabit, lapan remaja dipercayai terlibat dengan pergaduhan itu ditahan dalam tiga serbuan berasingan untuk membantu siasatan.Ketua Polis daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan kejadian terbabit dan kesemua suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Peronda: Masih Ada lagi darah Panglima.....Dungun :)